KELEBIHAN

Kelebihan Peta Minda:


1. Memudahkan pemahaman

Maklumat yang diperolehi dari buku-buku dan bahasa yang digunakan akan menyukarkan pemahaman dan proses pembelajaran kepada seorang pelajar. Namun, dengan menggunakan peta minda pelajar mampu meringkaskan maklumat yang diperolehi dengan menggunakan bahasa sendiri yang senang difahami.


2. Menjimatkan masa ulangkaji

Dengan menggunakan peta minda, pelajar mampu menjimatkan masa mengulangkaji tanpa perlu mengeluarkan nota yang panjang lebar ketika sesi mengulangkaji. Contohnya ketika sebelum menduduki peperiksaan, peta minda amat membantu ketika memerlukan ulangkaji dalam masa yang singkat. 


3. Mudah dibawa

Nota yang dibuat dalam bentuk peta minda juga amatlah efisyen. Ini kerana maklumat-maklumat yang panjang dan banyak boleh dimuatkan dalam satu kertas sahaja yang boleh dibawa ke mana sahaja tanpa perlu membawa buku teks yang berat serta nota-nota yang panjang.


4. Menggabungkan fungsi otak kiri dan kanan

Dengan membina peta minda, pelajar boleh mengasah kebolehan menggunakan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana, peta minda yang dibuat akan dilakar dan dihias mengikut kreativiti masing-masing. Disamping memahami maklumat dan mengulangkaji, pelajar mampu mengasah kreativiti dengan membuat peta minda yang terdiri dari pelbagai bentuk dan warna.

Comments

Popular posts from this blog

Second post of the day!!

End of the day