ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
PETA MINDA
2.
Pengenalan peta minda
Berdasarkan
maklumat dari wikipedia, peta minda bermaksud sejenis rajah yang dilukis untuk
meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat. Peta minda
merupakan satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membantu dan membolehkan
minda kita menyimpan satu maklumat atau fakta secara lebih ringkas dan padat. Teknik
ini memerlukan pelajar untuk menggabungkan beberapa elimen seperti warna,
garisan, bentuk serta macam-macam lagi. Peta minda telah digunakan sejak
berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, pemikiran visualisasi
dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera serta orang awam secara
umumnya. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan
aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali
ia diajar sebagai “jaring” atau “penjaringan”, merancang dan pengilustrasian
dalam kejuruteraan. Jika dibandingkan dengan peta konsep yang telah dibangunkan
oleh pakar pembelajaran pada tahun 60-an, peta minda adalah sangat
menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari dan hanya mempunyai
satu kata kunci dari pusatnya.
Comments
Post a Comment